Today Trade Story
Hari ni ayah buka chart awal jam 7.25 pagi. Start dengan baki account USC30,274.72. Alhamdulillah semalam profit 22% dari USC24,657.12. Tiada floating. Sebenarnya semalam agak getir dan pengalaman baru untuk ayah. Selepas entry buy, price turun sebelum sempat kena take profit yang ayah set. Turun bukan sikit-sikit lebih 2500 point. Ayah terpaksa adjust trading strategy ikut keadaan market. Di sini baru ayah sedar yang trading masih memerlukan manual action daripada traders. Tak boleh 100% harapkan robot atau EA. Ayah mentioned pasal robot ni sebab ayah baru deal dengan satu programmer untuk buatkan EA follow SOP trading ayah. Tapi belum sampai peringkat bayaran lagi. Nampaknya kena tambah SOP trading dalam EA yang ayah nak buat nanti. Apa-apa pun, jam 2.00 pagi tadi alhamdulillah ayah dapat closed semua entries dengan profit 22%. Syukur ya Allah yang menyelamatkan account ayah ni daripada MC malah tetap bagi ayah profit seperti ditargetkan.